Mohammad Alinor Abdul Kadir: Sains Islam Melampaui Metafizik-Mekanisma

Ini merupakan wawancara tentang Sains Islam bersama dengan Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir, pensyarah sains matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Wawancara ini sebenarnya merupakan sebahagian dari beberapa wawancara sama yang turut diedarkan kepada beberapa tokoh yang lain. Dan, himpunan dari jawapan wawancara ini akan disiarkan secara berperingkat bagi bacaan khalayak.